Powered By Blogger

Sunday, June 28, 2009

Michelle Jackson Dalam Kenangan..

Berita tergempar & terhangat masa kini...Perginya Raja Pop Dunia ke Rahmatullah (mudah2an dia mmg betol2 Muslim la....). Memandangkan berita tergempar, so aku pon terkejut gak lah. Tapi taklah sedih noo...coz dia pon bukan artis tumbesaran aku. Cuma, aku tak sangka yang dia tu dah masuk Islam. Maybe pernah diwar warkan yg Michelle ni memeluk Islam tapi aku terlepas pandang kot...Mudah2an rohnya di cucuri rahmat.

Dan, pada family MJ ni, takziah gak la aku ucapkan (eleh! mcm dia orang baca...).Dak la..cuma aku nak bersuara, segerakanlah pengkebumian MJ tu.Terseksa mayat...asyik2 nak postmortem jek.Pulak tu, lokasi nak kebumi dirahsiakan. Tapi bagus gak, sebab dia nak dikebumikan cara Islam. Peminat la pelbagai rumpun. Kang tak pasal2 melambak2 jambangan bunga keliling kubur...

P/S: Teringat dulu masa sekolah2, ada terbaca di majalah yg MJ duduk kat satu jenis kerusi yg membolehkan sesiapa yang duduk kat krusi tu leh panjang umur..Hmmm...Allah Maha Berkuasa..

Saturday, June 20, 2009

SeLaMaT HaRi BaPa..Abah & Suamiku...

Besok adalah hari bapa. Klu ada hari ibu, mestilah ada bapanya,ye dak!! Benda yg aku nak tulis ni adalah kesilapan teknikal yang telah aku buat sempena Hari Bapa ni..Aku dah wish kepada kedua2 insan tersayang ni lastweek...Alahai..malunya..

Aku sebenarnya tak sure bila. Abis tu, kat TV & radio dah kecoh2 yg kemungkinannya ahad lepas.
So, aku dgn bangganya menjadi anak yang pertama utk mengucapkannya kepada abah & suamiku.. Bapak aku pun suka la bila ada anaknya wish..Yang laki aku lak, aku siap celebrate makan seafood lagi.Hampeh tol..Takpe la..harap dia tak nuntut lagi.. Aku tau pun,bila aku cal akak aku,nak tanya sama ada dia dah wish lom. Dia kata, Hari Bapa tu minggu ni (esok). La...ye ke..Jadik,tak heran la klu aku memang jadik anak pertama yang wish dulu..Lantak lah..Janji aku dah wish..Mesti bapak aku tu tertunggu2 maner la anak2 nya yg lain.Takde nak wish ke.. Hmm..Kalau la dia tau aku yang salah tarikh........

Anyway, dikesempatan ini, doa & harapan aku, tidak disebabkan Hari Bapa,tapi setiap hari & selama2nya, semoga abah dilindungi kehidupannya dari segala keburukan, kesihatan yang baik serta gembira selalu bersama isterinya yang tersayang.. (Mak aku la...bukan mak orang lain..)

Dan, suamiku lak, semoga di limpahi rezeki yang lebih murah, menjadi seorang papa yang bertanggungjawab & disayangi oleh anak...(memang anak aku lebih manja dgn dia pun...).

Dan, Selamat Hari Bapa kepada semua yang telah bergelar BAPA....


Sunday, May 31, 2009

LaYaN bLuES..

Lamanyer tak bukak blog ni...Ingat Lama tak bukak ni, leh la kumpul citer utk di kongsi..tapi...hampeh..Jadual harianku seperti biasa.Setiap hari benda yg sama...Pegi keje,balik keje..pegi keje,balik keje..tak pun, makan tido, makan tido la yang paling penting...

Hmm.. tatkala ini aku tengah layan lagu2 lama...lagu2 retro dari Sinar.fm. Kebetulan pulak siaran ulangan carta lagu2 lama,memang layan blues la aku..Terasa berada di situasi dimana lagu itu tgh top dulu..Time sek rendah,sek rendah la...Time sek menengah,menengah lah..Yang paling best,time aku baru2 nak bercinta la..Ada gak lagu yg diputarkan time arwah abang aku ada. Teringat yang dia suka dubbing lagu2 hits time tu..Tapi aku kurang gemar dengar lagu hits yg dia suka sbb aku sedih.Esp. lagu Bandar Tasik Selatan. Ada lagi satu lagu tu,tapi mmg dah tak pernah kluo pun kat radio,lagu dari Arab(sprt senikata dibawah ni).Anyway, Al-Fatihah utk Rahimi & sorang lagi abang aku; Shahrulaman...

Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita

Berkilau sinar
Maya yang menderu
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi

Merayu pada yang maha esa
Agar dikurnia cahaya
Cinta kekal selama

Ku sepi...

Tuesday, May 19, 2009

Selamat Hari Jadi Sayang!!!!

17-Mei-Birthday laki aku..Hmm..sebagai isteri sudah tentu nak bagi something special la kan.. Tapi aku taknak bagi or belanja kek..Biasa sangat..(Tapi rasanya tak pernah bagi lagi)..huahuahua... Takpelah! Dia yg selalu celebrate aku dgn kek. Takkan nak sama kot..

So,1st time dlm hdup aku, bagi gempak kat dia..Nak tau tak, aku kirim bunga ke ofis dia. Terkejut beruk la jugak dia...Lama gak aku plan. Carik kedai bunga yg ada deliver.Mahal tak mahal la kan..sekali sekala untuk yang tersayang..



Sebuah jambangan bunga yang telah ku berikan pada suamiku tercinta...
Ni dia dah bawak balik la...

Monday, May 11, 2009

Hari Ibu....

Semalam-10-Mei adalah Hari Ibu....Hmmm.. teringat kat mak. Alhadulillah! dapat la jugak wish. Walaupun hampir2 nak terlupa...Tapi,dalam mengingati Hari Ibu untuk Ibuku, tak sedar lak yang aku juga seorang ibu...Itupun bila husband aku wish...Hmmm..syok jugak jadi ibu ni,kan!

Sebenarnya,dulu aku takut nak jadi seorang ibu.Lambat jugak aku nak dapatkan gelaran "Ibu" ni. Bukan sebab susah nak dapat, tapi sengaja taknak dulu. Atas persetujuan suami,kami sama2 tangguh nak anak. Entahlah! mungkin masing2 time tu tak ready nak galas tanggungjawab. Klu citer kat orang sekeliling mmg bising la kononnya nanti susah nak dapat. Orang perli toksah citer la..Bila lagi...bila lagi.... Tapi laki aku selalu pesan,biarlah dia orang nak kata apa.Lagipun,ni rumahtangga kita.Orang lain takde hak nak paksa2..Hmm..tol gak..aku setuju sgt..

Selepas bergelar ibu ni, kehidupan berkeluarga menjadi lengkap.Mmg itu yg ditunggu setiap pasangan suami isteri.Tapi, kehidupan aku agak kelam kabut sikit tapi meriah dgn kehadiran si kecil.Maklumlah! anak semakin cerdik & nakal..Dlm keadaan begini,mmg lom terlintas la nak tambah lagi..Nasib baik suami pun understanding...

Oh!ya.Sempena Hari Ibu ni, aku jugak disambut oleh bapa kepada anak aku..Tak lah indah sangat pun tapi...not bad la...makan kat pizza jek..Okey! la,kan...Anyway,thanks Sayang sebab hargai wani yang bawak perut 9 bulan...mabuk pun 9 bulan...Dan,sayang sanggup tahan dengan karenah wani sepanjang hamil...And,thanks Nur Suffi Hani kerana kehadiranmu memberi gelaran "mama & papa" kepada kami....

Kenangan sepanjang menjadi ibu:

1). Teringat sewaktu melihat airmata suamiku mengalir tanda kasih & kasihannya dia padaku disaat2 kelahiran permatahati.(Padahal tak sakit maner pun cuma tak reti cara nak meneran..tu yg nampak seksa..)

2). Nurse suruh meneran mcm nak berak sewaktu nak keluar budak....Hmmm..ingat pulak aku nak berak mcm maner..

3). Bila si kecil first time memanggilku "mama"....

Wednesday, May 6, 2009

Bossaannn...

Hari-hari kerja..huhuhu..bosannyeerrr...bila la nak ujung minggu ni...syoknya dok umah. Tapi,klu dapat gaji, tak pulak bosan,ye dak! Biasalah..lumrah manusia...Nak senang tapi taknak susah...Nak diikutkan,sepanjang minggu ni tak bape busy pun.Coz fokus pada train newcomer jek...hmmm..."bulan mengambang" kot..tu yg bosan jek...gosip dari member2 pun tak interested nak dengor or menyampuk.Lebih berangan & berkhayal dari bekerja...budak baru tu pon aku bior buat keje sendiri. Hah...harap berkat la gaji aku ari ni...Tapi, klu citer pasal gaji ni,bagi 10'000 sebulan pun tak cukup,kan! Manusia...tak pernah cukup dengan apa yang ada...malah tak pernah bersyukur pun...

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak di bawa
Amalan seharian itu yang mesti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi... di saat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita...

Kawan...

Wednesday, April 29, 2009

Seribu Impian ~Casey

Disenjakala begini
Teringat kembali
Teman-teman lama dahulu
Yang pernah sama mengharungi

Pahit dan manis dirasa
Sehati sejiwa
Tak mungkin ku lupakan segala
Saat suka dan duka

Susah dan senang kita bersama
Rentasi rintangan yang ada
Tiada sempadan yang memisahkan
Kasih sesama kita walau badai tiba

1
Seribu impian pernah pun kita bina
Demi masa depan...
Tenggelam jauh dalam khayalan
Di buai alam mimpi

Kenangan lalu menjelma
Teringat kembali
Di ketika bergurau senda
Mesranya kita bersama

Seribu impian indah menghias jiwa
Bagaikan permata...
Setinggi langit biru, mimpi kita
Abadi selamanya...


Hmm..Rindunya aku pada kawan2 lama...banyak yang lost contact. Apa kabor korang suma ek!!! Idup lagi ke...dah toootttt ke...Padahal, seramai ramai kawan dari sekolah rendah, ke sek menengah (2x tukar),then sambg blajo, tapi tak terserempak langsung dgn dia org semua...Tapi, klu selisih pon, ntah2 dah tak kenal.. Bape kerat jek yg aku contact sekrang ni..Suria...(tak selalu), Nurul kem (by emel), Wan Maria (by sms), Aida boboy (susah nak contact sbb hp dia giler..),lain..oh!Ya.. azharudin (jarang la..), Jeehan (by email company). Dia ni senyap skrg ni..Aku bg emel pon x reply..rasa2 dah beranak kot.Coz start aku terserempak dia tgh pregnant (anak ke-3 tu...).Geng itm cuma Inda, Ana klang, neeza. Hai..tu jek????

Dlm ramai2 ni, geng kira paling baik dgn aku time sekolah, Si Aida boboy ni..Aku ni kategori keras kepala & kepala batu. So, dia ler yg paham perangai aku...Rasanya dia mmg pernah kot makan hati dgn sikap aku.Tapi dia still nak kawan dgn aku...Thanks bebanyak...sebab ko sudi dgr masalah aku...lawak bangla aku...kerenah aku.. Oh!ya.Baru2 ni dia sms aku dah beranak.Dapat anak laki.Alhamdulilah! selamat akhirnya..Sian gak aku dgn dia.Sepanjang ngandung darah tinggi naik..bahaya gak tu..Tapi tak mabuk ok la kan.Tak mcm aku, 9 bulan mabuk..Nasib baik Tuhan bagi manusia ngandung 9 bulan...tak 2-3 tahun. Heh! Tobat rasanya...Berbalik Si Aida ni, aku berniat nak lawat la jugak,kan! Walaupun dia tak pernah jenguk aku time pantang dulu,tak ape la...kali ni aku mahapkan ko...

Memandangkan Jumaat ni Public Hol,so aku berniat nak pulang ke kg. Dengar kabor, akak aku pegi holiday,adik aku lak takde tiket taknak balik.Sebab, abah tak bg bawak motor..Kebetulan kat kg ada jemputan tu yg balik.Cuma tak best, mesti mak abah sibuk rewang...Lagi satu problem laki aku keje lak ari sabtu.Maybe dia pegi dr kg kot...Agaknya la..Kekadang dia ni last minit tukar plan.. Baru2 laki aku dapat free install astro. Dia syorkan pasang kat kg. Tapi guna nama aku...Hmm..tak kisah la...sian gak abah tengok tv tak terang. Kadang2 dia ada tanya pasal mcm mana nak pasang astro ni..teringin la kot...So,laki aku pun dah settle dgn astro. Dlm masa terdekat dia akan pasang.Tapi, ada bayar RM30. Pebendanya free macam tu...Aku dah bgtau gak abah suruh standby.Tapi td call kg tak ada call pon...Hmm..sekali lg laki aku contact astro..Tgh process katanya..tunggu jek la..aku amik pakej RM37.90 jek..Yang paling murah la....Tapi aku suruh adik aku yg bayar monthly..huahuahua...

Monday, April 27, 2009

"Bukit kepong menjadi tanah kubu kami!!!...."


Hmm...Baru start buat,takleh bukak lak blog aku ni.. . Hey! tang maner gamaknya yang takleh bukak...Nak tanya laki aku, kluo la pulak...Lantak lah! aku buat jek la ikut suka aku... Malam tadi aku tengok citer Bukit Kepong...Rasa touching gak la..Dulu2 tak pernah lak rasa sedih nengok filem ni. Tapi semenjak tua remaja ni, macam terkenang kenang jek citer tu.. Bukan apa, melihat keadaan negara kita ni, takut jek jadik camtu. Nak kata aman, mcm tak aman. Tapi rasa aman lagi...tak aman bila jenayah semakin berleluasa...Lagi satu, maybe dah ada keluarga, dan ada anak tu yang rasa mudah tersentuh..Yang sedih dlm citer tu,part jins samsudin panggil isteri sorang anggotapolis dibawah rumah(ada kubu). Tapi si anak yang menjengok bgtau sambil menangis "mak & adik dah mati..".Aduh! Touching2..jins samsudin pon terkedu melihat budak tu..Mak budak tu mati sebab terkena peluru sesat oleh komunis sehigga tembus badan anak kecil yang sedang di dukung.Bapak budak tu lak cedera parah kena tembak semasa bertempur di bawah rumah (dibuat kubu).Sedih..tapi aku taklah nangis. Cuma kesannya amat ketara dihati..Pas abis citer tu,aku nak masuk tido, pandang lak si puteri cilik ni..Doaku dalam hati,mudah2an perjalanan hidupnya mudah seperti aku..(mudah ker???) Ye la..sekurang2nya tak sesusah makan ubi kayu mcm org dulu...mcm mak bapak aku...

Tapi, kengkadang aku geram dgn si kecik ni..Bagi makan di luah2kan..mcm ler mak bapaknya ni org kaya..ingat free ke suma tu..Eii..geram aku.Belom campur perangainya yg semakin "alim". Mak ckp, anak aku ni saling tak tumpah masa aku kecik dulu..Baru2 ni mak abah dok umah aku sbb aku anak beranak demam.One day,mak abah bawak si alim kecik ni gi kedai.Pastu dia nampak satu selipar, dia terus bukak selipar dia & pakai selipar baru tu taknak lepas,Terpaksa la mak belikan..Kat situ lah mak teringat time aku kecik2.memang sebijik.Yelah! maner tak tumpah kuah kl tak ke nasik,kan..kan..kan..Hmm..baru aku sedar, mcm gini rupanya mak layan kerenah aku masa kecik..Tapi yg pastinya tak sama layanan dia pada anak aku berbanding aku masa kecik...cucu lah katakan...Aku lak dah puas jugak cubit anak aku kerana geram & tak dengar kata...

Oh!Ya..berita dunia terbaru: kes selsama babi..Eii..mcm2 penyakit sekarang ni..harap tak menular ke negara kita..Dan jahukan lah keluargaku,saudaraku,jiranku,sahabatku dari mala petaka ini. Amin...

Saturday, April 18, 2009

Permulaan yang........baru nak mula....

Wah!!!! Dah ade blog sekarang...Maner leh takde,kan! Teringin la jugak nak ada...Padahal dah pasang lama internet. Tapi tak tau nak mempelbagaikannya..Bukan aku taknak buat, cuma tak klaten (bahsa jawa...agaknya la..mak aku selalu ckp camtu..) nak ngadap computer lama2..

Tapi,bila member pon ada tanya, adik beradik pon dah ada blog, try la satu...Aku sebenarnya tak mahir nak buat blog ni..Nasib baik husband ada tunjuk ajar..Padahal, aku patutnya lebih arif pasal computer/internet ni dari dia. Sebab, baik time blajo sampai keje laa ni ngadap computer jek. Dia lak, sebelum ni & dah keje pun tak pegang langsung computer.Tapi lebih tau dari aku...Mana tak terror,kan! Klu utk dia jek guna 5-6 jam berbanding aku 1/2~1 jam sehari...

Anyway,selamat datang ke laman rumahku di hujung jari anda..hehehe...So, untuk permulaan yang agak suram dan merangkak ni, harap tak serik lah ye nak bukak lain kali....Next time,Insya-Allah! Ada pengisian yang lebih menarik...