Powered By Blogger

Sunday, May 31, 2009

LaYaN bLuES..

Lamanyer tak bukak blog ni...Ingat Lama tak bukak ni, leh la kumpul citer utk di kongsi..tapi...hampeh..Jadual harianku seperti biasa.Setiap hari benda yg sama...Pegi keje,balik keje..pegi keje,balik keje..tak pun, makan tido, makan tido la yang paling penting...

Hmm.. tatkala ini aku tengah layan lagu2 lama...lagu2 retro dari Sinar.fm. Kebetulan pulak siaran ulangan carta lagu2 lama,memang layan blues la aku..Terasa berada di situasi dimana lagu itu tgh top dulu..Time sek rendah,sek rendah la...Time sek menengah,menengah lah..Yang paling best,time aku baru2 nak bercinta la..Ada gak lagu yg diputarkan time arwah abang aku ada. Teringat yang dia suka dubbing lagu2 hits time tu..Tapi aku kurang gemar dengar lagu hits yg dia suka sbb aku sedih.Esp. lagu Bandar Tasik Selatan. Ada lagi satu lagu tu,tapi mmg dah tak pernah kluo pun kat radio,lagu dari Arab(sprt senikata dibawah ni).Anyway, Al-Fatihah utk Rahimi & sorang lagi abang aku; Shahrulaman...

Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita

Berkilau sinar
Maya yang menderu
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi

Merayu pada yang maha esa
Agar dikurnia cahaya
Cinta kekal selama

Ku sepi...

Tuesday, May 19, 2009

Selamat Hari Jadi Sayang!!!!

17-Mei-Birthday laki aku..Hmm..sebagai isteri sudah tentu nak bagi something special la kan.. Tapi aku taknak bagi or belanja kek..Biasa sangat..(Tapi rasanya tak pernah bagi lagi)..huahuahua... Takpelah! Dia yg selalu celebrate aku dgn kek. Takkan nak sama kot..

So,1st time dlm hdup aku, bagi gempak kat dia..Nak tau tak, aku kirim bunga ke ofis dia. Terkejut beruk la jugak dia...Lama gak aku plan. Carik kedai bunga yg ada deliver.Mahal tak mahal la kan..sekali sekala untuk yang tersayang..



Sebuah jambangan bunga yang telah ku berikan pada suamiku tercinta...
Ni dia dah bawak balik la...

Monday, May 11, 2009

Hari Ibu....

Semalam-10-Mei adalah Hari Ibu....Hmmm.. teringat kat mak. Alhadulillah! dapat la jugak wish. Walaupun hampir2 nak terlupa...Tapi,dalam mengingati Hari Ibu untuk Ibuku, tak sedar lak yang aku juga seorang ibu...Itupun bila husband aku wish...Hmmm..syok jugak jadi ibu ni,kan!

Sebenarnya,dulu aku takut nak jadi seorang ibu.Lambat jugak aku nak dapatkan gelaran "Ibu" ni. Bukan sebab susah nak dapat, tapi sengaja taknak dulu. Atas persetujuan suami,kami sama2 tangguh nak anak. Entahlah! mungkin masing2 time tu tak ready nak galas tanggungjawab. Klu citer kat orang sekeliling mmg bising la kononnya nanti susah nak dapat. Orang perli toksah citer la..Bila lagi...bila lagi.... Tapi laki aku selalu pesan,biarlah dia orang nak kata apa.Lagipun,ni rumahtangga kita.Orang lain takde hak nak paksa2..Hmm..tol gak..aku setuju sgt..

Selepas bergelar ibu ni, kehidupan berkeluarga menjadi lengkap.Mmg itu yg ditunggu setiap pasangan suami isteri.Tapi, kehidupan aku agak kelam kabut sikit tapi meriah dgn kehadiran si kecil.Maklumlah! anak semakin cerdik & nakal..Dlm keadaan begini,mmg lom terlintas la nak tambah lagi..Nasib baik suami pun understanding...

Oh!ya.Sempena Hari Ibu ni, aku jugak disambut oleh bapa kepada anak aku..Tak lah indah sangat pun tapi...not bad la...makan kat pizza jek..Okey! la,kan...Anyway,thanks Sayang sebab hargai wani yang bawak perut 9 bulan...mabuk pun 9 bulan...Dan,sayang sanggup tahan dengan karenah wani sepanjang hamil...And,thanks Nur Suffi Hani kerana kehadiranmu memberi gelaran "mama & papa" kepada kami....

Kenangan sepanjang menjadi ibu:

1). Teringat sewaktu melihat airmata suamiku mengalir tanda kasih & kasihannya dia padaku disaat2 kelahiran permatahati.(Padahal tak sakit maner pun cuma tak reti cara nak meneran..tu yg nampak seksa..)

2). Nurse suruh meneran mcm nak berak sewaktu nak keluar budak....Hmmm..ingat pulak aku nak berak mcm maner..

3). Bila si kecil first time memanggilku "mama"....

Wednesday, May 6, 2009

Bossaannn...

Hari-hari kerja..huhuhu..bosannyeerrr...bila la nak ujung minggu ni...syoknya dok umah. Tapi,klu dapat gaji, tak pulak bosan,ye dak! Biasalah..lumrah manusia...Nak senang tapi taknak susah...Nak diikutkan,sepanjang minggu ni tak bape busy pun.Coz fokus pada train newcomer jek...hmmm..."bulan mengambang" kot..tu yg bosan jek...gosip dari member2 pun tak interested nak dengor or menyampuk.Lebih berangan & berkhayal dari bekerja...budak baru tu pon aku bior buat keje sendiri. Hah...harap berkat la gaji aku ari ni...Tapi, klu citer pasal gaji ni,bagi 10'000 sebulan pun tak cukup,kan! Manusia...tak pernah cukup dengan apa yang ada...malah tak pernah bersyukur pun...

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak di bawa
Amalan seharian itu yang mesti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi... di saat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita...

Kawan...