Powered By Blogger

Sunday, January 30, 2011

Hujan...

SeLebat Hujan Yang Turun..
MenCuRah MemBaSaHi BuMi...
TiDaK SeLeBat HuJaN DiDaLam JiWaku...

Cheh! Hati aku tak hujan.Cuma risau sikit la..Sebab Johor dilanda hujan yang berterusan semenjak semalam. Aku rasa satu hari ni mmg tak nampak batang hidung Sang Matahari.{Dah mmg tak berhidung itu pasal la tak nampak..}

Semalam Mak & Abah datang sini. Dia gi kenduri kawin kat kluang then terus turun umah aku. Dia ckp, sepanjang jalan mmg tak berenti hujan..Hari ni lagi la teruk..Takut gak ada kawasan yg naik air..

Esok mak abah nak balik kg. Then, dia nak bawak si debab sama. Sebab, nextweek dah cuti CNY. So, aku balik kendian la..Anak aku mmg excited giler. Hari mak sampai tu jek dah kemaruk nak balik kg. Takyah tido katanya..Siap ofer aku suruh pegi keje. Klu tak, asal pagi2 jek tanya aku," mama dah cuti?". Klu jawapan aku "belom.." melalak bagai nak rak.. Dah sibuk ajak blk kg tu satu hal la..Siap ajak tok akinya, "Jom la kiter pegi nengok nenek...".

Aku tahan mak abah balik ari isnin coz tak la lama sangat dia kat kg..Kang mencari aku lak..Dalam keadaan cuaca yang kurang memuaskan ni, akan harap perjalanan dia orang esok lancar..Dan tak jumpa mana2 banjir espacially kat kg Sg. Lurus la...Tapi, setakat ni Alhamdulillah lom ada kes banjir kat situ..mudah2an Allah lindungi umah mak aku tu..

Lagi, perjalanan aku ke tempat keje pon harap2 tak jem sgt.. Sebab,jgn kan hujan lebat mcm ni, mendung pun dah bersusun-susun keta. Dari umah aku ni jek leh dengar deruman keta yang sangkut jem kat jalan besor nun..Huh! haru esok..

(PaDa Ketika ini..Saat Ini....Semua Ahli Rumahku Dah Buat Tahi Mata....Di Jam 23:07...Hujan di luar rumah masih mencurah-curah...)



Friday, January 28, 2011

PeNaNTiaN SuaTu PeNyiKSaaN...

Arrrrkkkhhh..............Ya! Allah...Apsal makin lambat pulakkkk..... Tau tak! Dalam minggu ni jek hati aku tak tenteram pikir pasal ko??!! Ko boleh tunda lagi 2 minggu!!! Sakitnya hati..... Sungguh! Penantian satu penyeksaan...

Pernah tak korang pikir, aku nak kena arrange masa, duit, cuti dan segala-galanya lah.. Korang sok leh la cakap, "klu nak, kena la terima. Dan, ikut jek arahan. Klu taknak, orang lain lagi ramai nak..". Mungkin la kot korang ckp macam tu..

Baru jek nak plan buat hati bos aku gundah gulana sepermergianya becuti meninggalkan aku yg penuh dgn keja2 yg mencabar..Last2, aku lak yang terseksa...Sangat menyusahkan...

Sekarang ni macam mana??? ko sebenarnya akan terima aku ke tak??!! Dah la aku mengharap gila. Ko leh main2 lak buat keje..Sibuk no nak ikut celebrate raya cina ke? Huh! Sama jek dgn bos aku..Ngalahkan org cina yg raya, dia dah cuti dulu ari ni smbung 1 minggu nextweek..Sok raya puasa dia gak yg sapu berhari-hari..

Isshh...boleh tak ko inform cepat dari apa yang ko tetapkan..jangan buat aku tertungu-tunggu...jangan buat aku susah hati...Baik2 aku mengharap, terus berbelah bagi..tolongggglaaaahhh....

Saturday, January 15, 2011

KAMBING YANG PUTIH KE YANG HITAM..?

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:


Pemuda : Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?
Gembala : Oh, boleh saja
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih
Gembala :Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari
Pemuda : Dan yang hitam?
Gembala : Yang hitam pun sama.


Pemuda : Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?
Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Gembala : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda: Dan yang hitam?
Gembala : Yang hitam pun sama.


Pemuda : Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Gembala :
Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Gembala : Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.
Pemuda : Dan yang hitam?
Gembala : Yang hitam pun sama.
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) Kenapa pacik membezakan biri-biri yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya?? Padahal jawapan semuanya sama saja..
Gembala :Mestilah saya membeza-bezakan, sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.
Pemuda : Ooo, begitu, fahamlah saya, kalau yang hitam tu pulak siapa punya?

Gembala : Yang hitam pun sama, saya punya :B


Pemuda : .....................................(benggang, geleng kepala dan berlalu.....)

Wednesday, January 12, 2011

Dialog Cap Ibu Dan Anak...

Di suatu malam yang tenang sambil menonton televisyen, si anak merengek sambil berkata;

Si Anak: Mama supi lapar..nak makan nasik...
Si Ibu: Ala..mama maner masak nasik.Tadikan kita makan kat kedai. Nape tadi tak makan banyak.
Si Anak: Arrkk..supi lapar....
Si Ibu: Mama tak masak nasik la..Supi makan kuarker oat ke..nestum ke...leh eh..
Si Anak: Ala...supi nak makan nasik....
Si Ibu: Makan kuaker oat jek la...mama buatkan...
Si Anak: Mama, mama cuba mama cakap macam ni.."makan nasik ke..karker oat ke...".

Si Ibu pun mengikut kata-kata anaknya...


Si Ibu: Nasik ke...kuarker oat ke...

Si Anak: Ha! Supi nak NASIK...

Si Ibu amat kasihan+lucu dengan gelagat anaknya. Dengan pantas si ibu menyiapkan makanan untuk anaknya iaitu KUARKER OAT JUGAK.. Walaupun si anak tak berapa rela nak makan tapi habis la jugak satu mangkuk...

Friday, January 7, 2011

My 7th Jan...

Hepy Birthday untuk diri sendiri..Terima kasih kpd semua yg wish samada di fb, telepon atau face 2 face...Thanks papa & sufi yg celebrate secara simple tadi..Thanks to Mrs Boss yg bagi tart cheese kt ofis...

Genap 30thn...bertambah-tambah lagi usia ku...adakah semakin matang? Hmm...biasa jek..apa-apapun, dalam hati mesti berkata,"kan best 15~2o thn dulu...". Indahnya kenangan dizaman dulu..Itu pasal aku rasa tak berapa nak matang..selalu pikir benda yang dah lepas.. Tapi aku ttp kena teruskan kehidupan..perlu ditambah mana yg kurang..Tambah kemesraan..tambah kebahgiaan..tambah kasih sayang..tambah ahli keluarga (lambat lg la..)..tambah pendapatan (camner?)...tambah asam garam kehidupan..isy! bahaya la...


Mudah2an Allah berkati hidup aku sekeluarga, jauhi segala gangguan samada jin, syaitan ataupun manusia yg bertopengkan syaitan..Permudahkan semua urusan yang akan aku tempuhi...Dan, yang paling penting, apa saje pilihan yang akan buat akan datang adalah yang terbaik utk aku..












Monday, January 3, 2011

2011..Harapanku...

Happy New Year...

Nampaknya agak slow aku update blog ni...walaupun aku tau tak ramai yang baca atau mmg xde orang pon nak baca, aku tak kisah..Itu lg baik dari suma orang tau...Paling koman, bos2 aku takan tau..

Harap disepanjang tahun ni aku menemui berita2 yang baik2 saje..Tak kiralah utk diri sendiri atau orang berhampiran..Baru2 ni, aku interview dalam sekto kerajaan. Klu ikut basic yg diberi (lom beri, just check), mmg tak sanggup aku nak pegi. Tapi, utk mendapat "pengalaman" interview tu, gi jugak la...Harapan, mcm boleh dapat..tapi bukan boleh dijangka..interviewk'jaan ni bukan mcm swasa.. klu betul2 x dapat dia bgtau jam tu gak..

Apa2hal, kita unggu result dulu..pastu baru pikir..NAK PEGI KE TAKNAK....