Hari Rabu lastweek, aku cuti emergency. Sebabnya, Si Sufi mcm tak sihat (mcm jek..nak selsema..). Aku pun mengambil kesempatan menyelesaikan segala urusan yang memang patut diuruskan pada Normal/office Hour ni..
1st sekali, aku pegi ke Celcom Taman Molek utuk stop no tel lama aku..Maklumlah! Ada pakej lagi murah..Terpaksa la guna no. baru..Agak kelam-kabut gak sebab tak pernah ke sana drive sorang2. Selalunya ada drebar. Pastu, bawak Si Debab yang becok lak tue...Nasib baik laki aku eskot. Itupun setakat kat highway pasir gudang jek. Tiba simpang nak ke plentong aku dah kena carik jalan sendiri...
Settle matikan line celcom lama tu, aku bergerak balik ke pasir gudang semula. Aku ke post office dulu sebab nak keluarkan duit dari ASB. Maklumlah, budget dah lari coz naiktaraf belakang rumah..(habis duit raye aku...). Pastu, ke PBTPGudang lak nak kena bayar cukai pintu RM112. Kang tak bayor, ada kang lori tak amik sampah, lampu jln kat depan tu tak idup, tangki **** melimpah ruah lak..Itu baru cukai pintu 6bln sekali..Yang cukai tanah langsung tak terbayor..Bila check online dah jejak RM350 dah..Sepanjang ber"rumah" tangga langsung tak bayor..Mahu Sultan Johor halau buang negeri kang ni...
Dah settle urusan perbankan, aku ajak sufi jengok2 taska. Aku mmg berniat nak anto ke Taska. Cuma kena survey demi masa depan dia yg kena masuk tadika. Lastweek aku dah register dia kat Tadika Sinar Bistari Taman Dahlia sebab tahun depan dia dah 5thn.Member lak ckp, klu lambat kena shift petang (tadika sekrang siap ader sihft lagi..). Klu bercerita dengan orang, memang nampak jauh dari rumah aku. Tapi, memandangkan itu tempat yang satu2nya laluan aku nak ke tempat keje,ok la,ye tak!..Memandangkan dah berjauhan dengan rumah, kena cari alternatif lain untuk dia "bersanggar" selepas abis sekolah. Nak anto kat makcik sebelah rumah(babysitter lama), dah jauh lak. So, aku cuba2 survey taska (tempat jaga budak) yang betol2 berdekatan dengan tadika tu..
Aku dah aim 1-2 tmpt. Taska Elite & taska kiara. Klu boleh, sebelum masuk tadika, aku nak dia biasa dok kat taska dulu.So, masa cuti tu, aku bawak sufi ke taska kiara. Dia dah start exited. Pastu, siap suruh aku gi keje lagi & tinggalkan dia kat situ. Aku ckplah, susu & baju tak bawak. Esoknya aku anto la kat Taska Kiara tu..Kat tmpt keje risau gak.SMS dgn cikgu kat situ, dia ok..Tapi, dalam masa yg sama, aku call taska elite. Mcm lebih ok. Balik lepas amik sufi, aku ajak dia ke Taska Elite. Dia ok kat Taska Elite. So, esoknya terus aku hantar ker situ & daftar terus..
Kenapa aku tak hantar kat kiara? Sebenarnya, dari segi bayaran bulanan sama jek. Cuma, dia baru bukak branch. Member aku yg rekomen, dia kata ok tapi member aku anto kat centre (dekat dgn umah dia tp jauh dari umah aku). Yang branch ni, tak berapa lengkap. Klu taska elite, pagar cikgu nya control & sentiasa berkunci for safety. Pastu, ada insuran..Ok la..agak puas hati. Cuma, bila anto dia ke situ, aku tengok org2 yang anto pon elite2 belaka..kereta suma besok2 & berjenama..Maklumlah! taman tu pun mmg kawasan org2 elite. Aku jek anto pakai kelisa..Anyway, harap sui puas hati. Jangan awal2 jek. Lepas tu, bosan lak..huhuhu..
